HaPpY faMiLy

kalau suke like je x susah pun.. suke x.?

Tuesday, November 27, 2012

End for The SPM.


Hei hei ! Assalammualaikum. 
Haha. Hari ni tanggal 27/November/2012, Kami Form 5 Science II telah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dan  kisah di zaman persekolahan untuk tahun 2012. Sedih rasanya nak tinggalkan zaman sekolah nih. 
Akan tetapi, Semua itu tidak akan terjadi. 
Tetapi pengalaman dan memori yang mengajar kita untuk masa hadapan bertapa pentingnya erti persahabatan tidak kira susah dan senang menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan, ke sana ke situ, ke sini dan kemana jua demi untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. 
Oleh itu kami tidak akan berhenti di sini, kami akan meneruskan perjalanan kami untuk menjadi manusia yang berguna. 
Masa hadapan yang menentukan pakaian, makanan, rumah dan sebagainya. Bina lah masa hadapan. Terima kasih cikgu-2 yang telah mendidik kami sehingga ke tahap ini. 

Cikgu Norlia : BM.
Sir Ramesh dan Cikgu Khuzaimah : BI.
Cikgu Noor dan cikgu Atikah : Math. 
Cikgu Norlida : Sejarah. 
Cikgu Maizatul :PAI.
Cikgu Salila : Biology.
Cikgu Komala dan Cikgu Dawana : Chemistry.
Cikgu Roszana : Physics.
Cikgu Daliyanie : Additional Mathematics. 

Bukan mudah untuk berjaya tanpa mereka dan nawaitu kami. 
Sanggup menghabiskan dan meluangkan masa dengan kami. 
Persahabatan, Perkongsian, Kasih dan sayang. 
In shaa Allah, Allah permudahkan. :D

Banyak kenangan yang kami tinggalkan.
 > Hias kelas< 
>McD<
>Sambutan Hari Raya<
>Hari Guru<
>Hari Sukan Sekolah< 
>BBQ<
>Jamuan< 
>Open House< 
>Savannah Hill<
>Main Tepung< 
>Birthday Party<
>Baju Kelas<
Dan pelbagai lagi kenangan dan kenangan itu pasti tidak dapat dilupakan.
Walaupun hanya DUA tahun kami bersama, tetapi chemistry tetap utuh. 
Bukan Mudah untuk menjadi mudah, tetapi mudah untuk menjadi Senang. 
Dan yang terakhir sekali,
KAMI DISINI TIDAK AKAN MELUPAKAN : 
Mohammad Amirul Azhar
dan 
Adleen nur Farhana. 
Sejauh mana mereka pergi tetapi memori tetap di hati dan diingati. 
FB ada Twitter ada Nombor Phone ada. Contact. ! Kalau tukar bagi tahu. okay ? 

Daripada aku : Aku nak minta maaf kepada guru-2, classmate, Batch 95 di SMK Pasir Gudang 1, Jika ada tersilap bahasa, Harap di maafkan. :D

Sekian. Assalammualaikum. :D