HaPpY faMiLy

kalau suke like je x susah pun.. suke x.?

Sunday, December 30, 2012

Sejarah Solat


Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. 
Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. 

Solat Subuh 
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi, Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. 

Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam. 
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang menjelma. 

Solat Zohor 
Manusia pertama yang mengerjakan solat zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. 

Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan anaknya.
Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT. 
Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya dengan tebusan kibas. 

Solat Asar 
Manusia pertama yang mengerjakan solat asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nuh. Ikan Nuh telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukur lah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu.

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan. 
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut. 
Rakaat ketiga : kelam dengan malam.
Rakaat keempat : kelam dengan perut ikan Nun. 

Solat Maghrib
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialan Nabi isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu. 

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. 
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya. 

Solat Isyak
Manusia pertama yang mengerjakan solat isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacitanya itu pasa waktu isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. 

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. 
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap firaun.
Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap anak Firaun. 

SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI : MASJID KRISTAL, TERENGGANU. 

Assalammualaikum :D

Saturday, December 8, 2012

Kemunculan Cerpen kedua (bakal)


Hai dan Assalammualaikum, 
Ini hanya pemberitahuan sahaja, 
In syaa Allah, kalau tiada halangan. 
Saya akan membuat satu lagi cerpen karya saya sendiri yang bertajuk :

Varsiti Biru 
Dan 
Blaus Merah Jambu

Itulah tajuknya. hehe. :D So harap-2 anda akan menyokong karya saya nanti. 
Cerpen dalam proses. :D 
Bye Dan Assalammualaikum.